Mengubah ayat aktif menjadi ayat pasif.
Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja :
contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.
Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.
Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.
Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.
Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.
i)Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah
dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).
ii)Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).
Yang betul ialah :
Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
Tuesday, April 06, 2010
Monday, April 05, 2010
FRASA DM DAN HUKUM DM
Frasa DM DAN Hukum DM:
1. MAKSUD:
a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.
2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)
3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.
Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Abu Sayaff Restoran.
-makan Maggie mi.
-naik Plusliner Ekspres
-bercicahkan tomato sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ahmad kedai basikal.
-berbincang lain hal.
Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
-makan di Restoran Abu Sayaff.
-makan mi Maggie.
-naik Ekspres Plusliner.
-bercicahkan sos tomato.
-membeli pisang goreng.
-di kedai basikal Ahmad.
-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.
Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
-hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.
4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Subscribe to:
Posts (Atom)