Saturday, May 29, 2010

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ).
Betul:
-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?
-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?

b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)
Salah:
-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:
-Semalam awak tidak hadir, mengapa?
-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?
-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat tanya.
(tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)

Salah:
-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:
-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia. ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:
-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:
-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.
Salah:
-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:
-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan ‘macamanakah’.
Betul:
-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:
-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:
-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?

KATA PEMERI

1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:
-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:
-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:
-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:
-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:
-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:
-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

TATABAHASA BAHASA MALAYSIA ATAU BAHASA MELAYU

A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA:
1. JENIS KATA GANTI NAMA:
a. Ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta
b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan,
cik, encik
c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia

2. JENIS KESALAHAN KATA GANTI NAMA:

i. ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (‘ia’ - untuk manusia sahaja)
 Salah:
- Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat.
- Kereta itu rosak.
Ia rosak semalam.
Betul:
-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam

ii. ‘ia’ tidak boleh disambung dengan ‘nya’.
 Salah:
-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
Betul:
-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.

iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)
Salah:
-Mereka-mereka semua sedang tidur.
-
Kamu-kamu semua perlu sedar.
Betul:
-Mereka semua sedang tidur.
-Kamu semua perlu sedar.

iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’ mesti dicantumkan dengan objek.
 Salah:
-Saya akan pergi ke rumah mu.
-Sudah ku baca buku itu.
Betul:
-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.

v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.
 Salah:
-Nama guru saya encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah
si Tompok.
Betul:
-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Tompok.

vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.
Salah:
-Semoga
tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul:
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.

vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.
 Salah:
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan
menteri pertanian.
Betul:
-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.

viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan ‘beliau’)
 Salah:
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana
dia terkena hujan.
Betul:
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.

ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.
Salah:
-Beliau ditangkap kerana merompak.
-
Beliau masih bayi lagi, cikgu.
 Betul:
-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu.

KATA MAJMUK

1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.

2. JENIS KATA MAJMUK:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya
nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis
bom tangan kapal terbang kuning langsat

b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:
Contohnya:
Perdana Menteri, Duta Besar, Raja Muda, Setiausaha Politik,
Penolong Pendaftar, Ketua Menteri ,Naib Censelor, Profesor Madya,
Timbalan Ketua Pustakawan, Ketua Setiausaha Negara.

c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:
Contohnya:
 garis pusat, telefon dail terus, lesung sendi,
kanta tangan, mata pelajaran, pita suara, darah panas,
kertas kerja, batu kapur.

d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:
Contohnya:
kaki ayam, buah hati, makan angin ,pilih kasih ,
anak emas, bulan madu, manis mulut, tumbuk rusuk,
berat tangan,

e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap:
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
apahal,  apabila,  Antarabangsa, apakata, apalagi,  bagaimana, barangkali,beritahu, bumiputera, darihal, daripada, dukacita,
jawatankuasa, kakitangan, kepada, pilihanraya ,kerjasama, manakala ,manalagi, olahraga, padahal,pesuruhjaya, sediakala, setiausaha, sukacita, sukarela, suruhanjaya ,tandatangan,
tanggungjawab, warganegara, matahari.

f. Penggandaan kata majmuk:
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis, balai-balai raya, suku-suku kata,
jirim-jirim organic, Menteri-Menteri Besar, Penolong-Penolong Pendaftar ,gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat, model-model linear, Naib-Naib Censelor, Ketua-Ketua Menteri .

g. Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas-anak emas, ayam tambatan-ayam tambatan,
kaki bangku-kaki bangku, buah hati-buah hati,
buah tangan-buah tangan, ibu bapa – ibu bapa,
pesuruhjaya-pesuruhjaya, warganegara-warganegara,
tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa,
setiausaha-setiausaha,

h. Pengimbuhan kata majmuk :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih

ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan

KATA KERJA

1. MAKSUD:
Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan.

2. BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA:
i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kira
ii. imbuhan ‘meN……’ : menari, mendapat, menggaru, menyapu
iii. imbuhan ‘meN…..kan’ : menjalankan, meratakan, menggalakkan,
iv. imbuhan ‘meN…..i’ :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertai
v. imbuhan ‘memper….kan’ : mempertahankan, memperjuangkan
vi. imbuhan ‘memper…..i’ : mempercayai, memperhayati, memperingati
vii. imbuhan ‘memper…..’ : memperbesar, mempercantik, memperluas
viii. imbuhan ‘di…’ : dibaca, diletak, dimakan
ix. imbuhan ‘di…kan’ : dijalankan, dibacakan, ditamatkan
x. imbuhan ‘diper….kan’ : diperkhabarkan, dipermainkan
xi. imbuhan ‘diper…i’ : dipercayai, diperhayati
xii. imbuhan ‘diper…’ : diperbesar, diperluas, diperpanjang
xiii. imbuhan ‘ber….kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukan
xv. imbuhan ‘ber….’ : berjalan, berkata, bermain
ixv. imbuhan ‘ter….’ : terbawa, termakan, terangkat

3. JENIS KATA KERJA:

A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT)

a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)

b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit?
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….kan’ : menjalankan, menceritakan
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….i’ : menjalani, mengubati
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….kan’ : memperjuangkan, memperkayakan
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….i’ : memperingati, memperbaiki
-perkataan yang berimbuhan ‘ber….kan’ : bertemankan, bersuamikan
-imbuhan ‘meN…’ yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah

c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif.

i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap)
Salah:
-Bapa saya sedang menjalankan.
-Dia tidur dengan berbantalkan.
Betul:
-Bapa saya sedang menjalankan tugas.
-Dia tidur dengan berbantalkan lengan.

ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain)
Salah:
-Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui akan anaknya.
-Dia bersuamikan dengan seorang doktor.


Betul:
-Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui anaknya.
-Dia bersuamikan seorang doktor.

iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan ‘objek’ dan bukan perkataan lain.
Salah:
-Dia menghadapi banyak masalah.
-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.
-Kami menendang dengan deras bola itu.
Betul:
-Dia banyak menghadapi masalah.
-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.
-Kami menendang bola itu dengan deras.
(Anda menghadapi masalah kesihatan? Sila klik untuk panduan)

B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)

a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas ‘berjalan’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)

c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?
-perkataan yang berimbuhan ‘ber…..’ : berjalan, bercerita, bekerja
-perkataan yang berimbuhan ‘ter….’ : terangkat, terbawa, tercapai
-perkataan yang berimbuhan ‘di…’ : diangkat, ditembak, diambil
-perkataan yang berimbuhan ‘di ….kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi
-perkataan yang berimbuhan ‘diper…kan/i : diperdayakan, dipersalahi
-imbuhan ‘meN….’ yang diikuti ‘tempat’ : menyanyi di pentas (tempat)

d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT)

i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’ jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)
Salah:
-Dia bertemu rakannya di bandar.
-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat kotak itu.
-Buku itu dibaca kakaknya.
Betul:
-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.
-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat akan kotak itu.
-Buku itu dibaca oleh kakaknya.

KATA HUBUNG




1. MAKSUD:

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:

a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
c. Kata hubungan berpasangan:
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja
dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.
Salah:
-Anda boleh makan
dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel
dan di rumah tumpangan.

Betul:
-Anda boleh makan
atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel
atau di rumah tumpangan.
c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa
buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu
menghisap rokok atau dadah.

Betul:
-Awak datang
dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa
buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu
menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)
Salah:
-Dia belajar dari pagi
hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah
sehingga ke tepi jalan.

Betul:
-Dia belajar dari pagi
hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi
ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah
sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah
ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)
Salah:
-
Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak
antara kedai dengan pejabat pos.

Betul:
-
Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak
di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )
Salah:
-
Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak
di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:
-
Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak
di antara pejabat pos dengan kedai.
g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.
Salah:
-
Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

Betul:
-
Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.
Salah:
-Dia kaya
dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji
dan lulus dengan cemerlang.

Betul:
-Dia kaya
tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji
tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.
Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji
dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok
dan kaki kanannya patah.

Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji
maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok
maka kaki kanannya patah.
j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:
-
Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah
sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu
oleh sebab hari hujan.

Betul:
-
Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah
kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu
kerana hari hujan.

Friday, May 28, 2010

FRASA DM DAN HUKUM DM

1. MAKSUD:
a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru


Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)


3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.
-makan Maggie mee.
-naik Mara Ekspress
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.

Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
-makan di Restoran Aisyah.
-makan mi Maggie.
-naik Ekspress Mara.
-bercicahkan sos cili.
-membeli pisang goreng.
-di kedai basikal Ah Kong.
-berbincang hal lain.

ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
-hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

KATA BILANGAN

1. MAKSUD :
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.

2. JENIS KATA BILANGAN :

i. Kata bilangan tentu : Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tepat
Contoh: satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.

ii. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti
Contoh: semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.

iii. Kata bilangan pisahan: Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
Contoh: berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap

iv. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
Contoh: pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

v. Kata bilangan pecahan :
Contoh: suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

3. KONSEP KATA BILANGAN :

i. Kata bilangan jamak: Menunjukkan maksud lebih daripada satu
Contoh: semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

ii. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu
Contoh: satu, se

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :

a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)
Salah:
-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir,
Betul:
-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir

b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.
Salah:
-Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.
Betul:
-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.

c. Kata bilangan berimbuhan ‘ber….’ Mesti digandakan.
Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.
Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.

d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.
Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.
Betul:
-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.

e. Jika kata bilangan berakhiran dengan ‘…….an’, kata nama juga tidak boleh digandakan.
Salah:
-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.
Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.

f. ‘Kata bilangan jamak’, tidak boleh disertai dengan ‘penjodoh bilangan’.
(kecuali : beberapa dan kata bilangan tentu seperti tiga, empat, lima dan sebagainya)
Salah:
-Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul:
-Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.

g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.
Salah:
-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.
Betul:
-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.

h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda.
Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.
Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.

i. Kata bilangan berimbuhan ‘ke….’ yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.
Salah:
-Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
-Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.
Betul:
-Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.
-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

j. ‘Kata bilangan tentu’ (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan ‘kata bilangan pecahan’. (letak objek di antara kata bilangan ini)
Salah:
-Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.
Betul:
-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.