Saturday, May 29, 2010

KATA HUBUNG




1. MAKSUD:

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:

a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
c. Kata hubungan berpasangan:
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja
dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.
Salah:
-Anda boleh makan
dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel
dan di rumah tumpangan.

Betul:
-Anda boleh makan
atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel
atau di rumah tumpangan.
c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa
buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu
menghisap rokok atau dadah.

Betul:
-Awak datang
dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa
buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu
menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)
Salah:
-Dia belajar dari pagi
hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah
sehingga ke tepi jalan.

Betul:
-Dia belajar dari pagi
hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi
ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah
sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah
ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)
Salah:
-
Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak
antara kedai dengan pejabat pos.

Betul:
-
Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak
di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )
Salah:
-
Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak
di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:
-
Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak
di antara pejabat pos dengan kedai.
g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.
Salah:
-
Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

Betul:
-
Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.
Salah:
-Dia kaya
dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji
dan lulus dengan cemerlang.

Betul:
-Dia kaya
tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji
tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.
Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji
dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok
dan kaki kanannya patah.

Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji
maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok
maka kaki kanannya patah.
j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:
-
Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah
sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu
oleh sebab hari hujan.

Betul:
-
Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah
kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu
kerana hari hujan.

No comments:

Post a Comment